Friday, July 29, 2011
BUANG BANNER PAS SEMPENA RAMADHAN TINDAKAN TIDAK BERTAMDUN
Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Sulaiman menolak tindakan pihak tertentu yang sengaja membuang banner dan sepanduk sempena Bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh Pas kawasan di Beaufort dan Sepitang.
Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS,sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di pejabat Daerah.
Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu,mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.
Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap "bagai katak bawah tempurung".Pas hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan,kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.
Pas Sabah menasihatkan puak-puak ini agar insaf dengan tindakan seperti buang banner,banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah.
"Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini",tambah Hisammuddin.
Labels:
ketua penerangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment