Pages

Subscribe:

Wednesday, February 23, 2011

pelancaran NGO TABAH (BELA TANAH RAKYAT TABAH)




Isu tanah Sabah ini merupakan isu penting bagi rakyat Sabah.Rakyat Sabah yang dinafikan hak memiliki tanah dijemput untuk menyertai sebuah NGO baru yang dinamakan TABAH(Bela tanah rakyat Sabah).
Keahlian NGO TABAH ini dibuka dengan meluas tanpa mengira bangsa dan keturunan,asalkan mereka yang menyertai NGO ini adalah dari rakyat yang mahu memperjuangkan hak  tanah rakyat Sabah yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sempena dengan penubuhan NGO TABAH ini,maka dengan segala hormat tuan/puan dijemput ke Majlis pelancaran NGO TABAH(Bela tanah rakyat Sabah)pada 12.3.2011 jam 8 pagi di dewan Dato Khalid zaman,Putatan.

Pengerusi Tabah,Hisammuddin Sulaiman menjemput semua pihak tanpa kira bangsa dan agama di Sabah untuk menghadiri acara perasmian yang akan disempurnakan oleh DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN.Pemimpin lain yang akan hadir dalam program tersebut ialah Ust Idris hj Ahmad,YB Ir Nizar Jamaluddin,YB Dr.Mujahid Yusof Rawa dan Mazlan Aliman.

Sehubungan dengan itu,kami memohon jasa baik YB/DATO/TUAN/UST/USTAZAH untuk menyumbang kewangan bagi menampung perbelanjaan program ini.NO AKAUN MAYBANK 560090001060 ATAS NAMA PAS KAWASAN KENINGAU,hubungi ust Satimen Bendahari TABAH DI NOM 014 8627073.

0 comments:

Post a Comment