Friday, July 29, 2011
BUANG BANNER PAS SEMPENA RAMADHAN TINDAKAN TIDAK BERTAMDUN
Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Sulaiman menolak tindakan pihak tertentu yang sengaja membuang banner dan sepanduk sempena Bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh Pas kawasan di Beaufort dan Sepitang.
Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS,sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di pejabat Daerah.
Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu,mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.
Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap "bagai katak bawah tempurung".Pas hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan,kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.
Pas Sabah menasihatkan puak-puak ini agar insaf dengan tindakan seperti buang banner,banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah.
"Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini",tambah Hisammuddin.
Labels:
ketua penerangan
Thursday, July 28, 2011
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum.
Saya bagi mewakili Pas Pensiangan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 2011 ini.
Marilah kita menginsafi bahawa dunia ini tidak lekang dengan ujian dan cabaran namun di sebalik perkara ini,kita sebenarnya perlu tingkatkan amalan kita untuk mencari bekal ke akhirat.
Madrasah Ramadhan mendidik kita untuk bertaqwa kepada Allah s.wt seterusnya dengan taqwa kita dapat menumbangkan kebatilan dan kemungkaran dalam diri kita,keluarga,masyarakat dan negara kita.
Pas pensiangan mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat berjuang.Pas ganti PBRS, insyallah.
Labels:
ramadhan
Monday, July 18, 2011
Hisammuddin seru pimpinan muslim UMNO NEGERI SABAH ikut titah Agong
Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah yang juga YDP Pas kawasan Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman menyeru semua pihak di Sabah terutama sekali pimpinan muslim UMNO Negeri Sabah untuk mendengar titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang timbul dalam masyarakat.
Dalam titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.
Dalam titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.
Sabah sebuah negeri yang unik dengan pelbagai bangsa dan budaya, namun umat Islam di Sabah tertunggu-tunggu dasar pelaksanaan yang menepati prinsip Al-Quran dan Al-Hadis.Pembangunan yang tidak seimbang di kawasan-kawasan memberi impak kepada rakyat.Banyak juga didapati surau-surau terbengkalai di Sabah yang tidak diseliakan kerajaan negeri.
“Agihkan peruntukan secara adil kepada rakyat dan Kerajaan negeri perlu suntik kewangan yang banyak pada JHEAINS(Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)untuk belanja mengurus dasar Islam di Sabah”,kata Hisammuddin.
Labels:
ketua penerangan
Monday, July 11, 2011
PRESIDEN TABAH DALAM PAPER LAGI ,PERJUANGAN RAKYAT
Labels:
TABAH
MOTOR MAU TANAH LAGI TERINGIN
MOTOR INI PUN UMNO TERINGIN AMBIL APATAH LAGI TANAH NCR PENDUDUK
PENSIANGAN-Penduduk kampung Simbuan,Sook Parlimen Pensiangan beramai-ramai ke mahkamah Keningau untuk melawan kerajaan BN setelah tanah mereka yang diusahakan semenjak tahun 70’an lagi dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan Pas Sabah yang juga YDP PAS PENSIANGAN,Hisammuddin Sulaiman telah turun padang mengambil “alih tugas” yang berhormat yang dilantik untuk membela penduduk.Turut sama turun memberi sokongan ialah Lahirul Latigu,Ketua Pemuda Pas Sabah.
Hisammuddin meyifatkan apa yang berlaku kepada penduduk Kg Simbuan adalah suatu penginayaan secara terhormat.
Berita ini telah menjadi bahan sensasi dalam media tempatan di Sabah sehingga kenyataan bantahan Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin telah disiarkan di Akhbar Daily Express.
Mangsa rampasan tanah ini telah dipergunakan oleh Barisan Nasional hanya waktu pilihanraya sahaja.Setelah itu undang-undang digunakan untuk menangkap dan mendakwa penduduk yang menoreh getah di atas tanah yang diusahakan sendiri sejak tahun 1973 dengan permohonan yang tidak dilayan. Sudahlah peluang pekerjaan tidak disediakan, ada rakyat yang mahu berdikari tidak di bntu malahan hendak dipenjara pula.
Di saat mereka dalam kesusahan YB mereka dari BN, usahkan kata hendak peduli rakyat ,jengok pun tiada.
Malang nasib rakyat berada di bawah BN. Hanya satu jalan boleh menyelamatkan mereka ditindas BN iaitu “sepak keluar BN di Sabah dalam Pilhanraya akan datang.
CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI KAMABONG,TENOM,SABAH
YDP Pensiangan mewakili PAS jadi Penceramah di program DAP dan pakatan rakyat di Kamabong Tenom Sabah.
PROGRAM PRESIDEN PAS DI KAMPUNG PULUTAN PENSIANGAN SABAH
PENSIANGAN,5 JULAI 2011-Kehadiran Dato’Seri YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang ke Kampung Pulutan di Parlimen P182 Pensiangan, Sabaah telah mencetuskan fenomena baru bagi rakyat kawasan itu. Majoriti mereka tidak pernah melihat Presiden Parti Pas itu secara langsung jadi sebab itulah penduduk menjadi amat teruja untuk melihat tokoh politik itu secara “live”.
Penduduk kampung yang ditemui mengatakan bahawa mereka amat mengkagumi semangat Tuan Guru Presiden kerana meredah jalan “grabel”atau tidak berturap berpuluh-puluh kilometer untuk sampai ke kampung mereka.
Program ramah mesra dan jamuan rakyat itu turut dihadiri oleh wakil wakil parti dari Pakatan rakyat Sabah.Turut bersama ialah AJK PAS PUSAT Mazlan Aliman,Naib Pengerusi Anak ,Aris Fezul Ismail,Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Hj.Razman Zakaria dan Setiausaha Akhbar Presiden Mohd Nasaie Ismail berserta rakan-rakan daripada lajnah tanah Pas Pusat.
YDP Pas kawasan Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman turut berbesar hati dengan kehadiran Tuan Guru Presiden ke kawasan itu.Sememangnya Pas kawasan Pensiangan sudah aktif melakukan program turun padang sebelum ini dan kehadiran rombongan dari Pas Pusat itu memberikan motivasi besar untuk Pas Pensiangan melebarkan aktivitinya kepada rakyat dengan lebih berkesan.Turut merasai kehangatan program itu,ialah Pesuruhjaya Pas Sabah,Aminuddin ALing dan Ketua Pemuda Pas sabah,Lahirul Latigu.
Dalam majlis tersebut,Tuan Guru Presiden diberi paluan gong dari bangsa Dusun dan diraikan mengikut kebudayaan bangsa mereka.Selain itu,Presiden PAS berbesar hati menerima borang-borang keahlian Pas cawangan Batu Lugiyan dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)di setiap kampung-kampung.Sebagai makluman,majoritI yang menghadiri program bersama Presiden Pas di kampung itu adalah dari kalangan agama Kristian yang berminat dengan dasar dan perjuangan PAS.
Di akhir program Kampung Pulutan itu,Dato seri Presiden Pas itu, dijemput untuk menanam benih pohon Pulutan sebagai tanda kehadirannya ke kampung tersebut. Seterusnya Presiden dijemput berceramah di Hotel Juta Keningau dan kehadirannya amat memberangsangkan.
Program PAS amat diterima baik rakyat semua lapisan dan kehadiran Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang pertama kali ke Pensiangan memberikan impak yang besar kepada rakyat yang amat memerlukan motivasi untuk menukar kepimpinan negeri yang dimonopoli Umno dan BN.
Majoriti yang ditemui selepas program bersama Presiden Pas itu mengatakan bahawa mereka bersedia untuk menukar kerajaan baru pada pilihanraya akan datang terutama sekali mereka mahukan PAS menggantikan PBRS di Parlimen Pensiangan ini.
Friday, July 1, 2011
PAS PENSIANGAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN GURU PRESIDEN PAS KE PENSIANGAN PADA 5 JULAI 2011
YDP Pas Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman dan rakyat Pensiangan Sabah mengalu-alukan kedatangan Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah pada 5 hb Julai 2011 ini.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS)akan membuat lawatan kerja selama 2 hari ke Sabah bermula 4 Julai-5 Julai 2011.
Lawatan kerja Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah akan memberikan impak besar buat rakyat yang selama ini hanya melihat dan menonton Presiden Pas itu dalam internet dan media sahaja.
“Kami amat menunggu Tuan Guru datang ke tempat kami,penduduk kampung rasa sangat bertuah dan teruja untuk tengok Tuan Guru”,luah Abdul Hairun,seorang ketua Cawangan Pas Batu Lugiyan.
Parlimen Pensiangan menjadi tempat pertama di luar semenanjung Malaysia bagi Presiden Pas membuat lawatan kerja setelah baru-baru ini selesai Muktamar Pas Pusat kali ke-57 baru-baru ini.Difahamkan turut bersama Tuan Guru Presiden,ialah AJK Pas Pusat saudara Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)