SDR.ANSOR MENGANGKAT BERAS-BERAS
RAMAI HADIR MALAM TU
ANAK-ANAK CERIA DAPAT BERAS
GEMBIRA MENERIMA INFAK
TERIMA KASIH PENDERMA BUDIMAN.SEMOGA DIBERI RAHMAT ILAHI
ASALNYA DEWAN INI DAN SETERUSNYA DIJADIKAN TEMPAT TARAWEH.YDP KELIHATAN MENINJAU TEMPAT PROGRAM
YANG SUSAH DIBANTU DAN PAS KOMITED TUNAI JANJI
17 Ogos 2011,Pas Pensiangan yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pas Negeri merangkap Ydp Pas Pensiangan,Ust.Hisammuddin Hj.Sulaiman bersama dengan Ahli jawatankuasa Pas Pensiangan telah turun padang memberikan infak berbentuk beras kepada golongan dhuafak atau golongan susah di kampung Limbauan.
Pada peringkat permulaan,penduduk kampung menghubungi YdpPensiangan untuk menguruskan tempat solat taraweh dan pengisian nya.Mereka amat memerlukan sebuah surau dan permintaan mereka tidak dihiraukan oleh Umno di kawasan tersebut,
Alhamdulillah,impian penduduk dilaksanakan dengan mereka mengambil anisiatif untuk menggunakan dewan serbaguna untuk dijadikan tempat solat taraweh secara berjamaah di bulan ramadhan ini.
Malam 17 Ogos 2011 itu,menjadi tarikh sejarah kerana buat pertama kali nya penduduk menerima bantuan seumpama itu.
Mereka banyak menagih perhatian daripada pihak parti kerajaan untuk membela mereka tapi tidak berguna jua.Janji-janji pilihanraya hanya tinggal kosong semata-mata.
Malam itu,golongan susah termasuk golongan muaalaf yang baru masuk Islam turut dibantu dan disantuni oleh Pas Pensiangan.
YDP Pensiangan,ust.Hisammuddin memberitahu "sebanyak 40 kampit beras telah selesai diagihkan kepada golongan yang memerlukan dan terima kasih kepada penderma yang prihatin,semoga mereka menyokong PAS yang tetap setia membantu rakyat".
0 comments:
Post a Comment