Pages

Subscribe:

Wednesday, February 9, 2011

SEJARAH PAS SABAH

Sejarah penubuhan PAS Sabah

DETIK AWAL
Cadangan untuk PAS mengembangkan sayapnya ke Sabah telah lama dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung / Muktamar PAS Pusat. Namun cadangan tersebut tidak disusuli dengan tindakan bagi merealisasikannya.
Pada awal tahun 1986, satu perbincangan yang diadakan diantara Saudara Hamzah Haji Abdullah dengan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad melalui telefon telah disusuli dengan perjumpaan bagi mengaturkan tarikh pelancaran PAS Sabah.
Natijahnya ialah satu tarikh telah ditetapkan bagi memenuhi maksud tersebut. Maka pada 19hb Mei, 1986, PAS Sabah telah ditubuh dengan resminya dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS (sekarang Presiden), Tuan Haji Yusof Rawa(almarhum)
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELANCARAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
Tarikh
19hb Mei 1986
Masa
7.45 malam
Tempat
Dewan Masyuarat, Kinabalu International Hotel (Sekarang Hyatt Int’l Hotel

Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.
Yang DiPertua PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa, Naib Yang DiPertua PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Haji Abdul Malik Husein adalah pemimpin PAS Pusat yang datang untuk merasmi dan menghadiri mesyuarat penubuhan PAS Sabah. Majlis telah dipenuhi dengan ceramah oleh pemimpin berkenaan serta pemilihan AJK PAS Sabah.
Dalam meminta cadangan berhubung dengan penubuhan PAS Sabah, Encik. Jamaluddin Ismail dari Beaufort telah bangun untuk menyokong usaha baik PAS bagi mengembangkan sayapnya ke Sabah. Cadangan Encik Jamaluddin ini telah disokong oleh Tuan Haji Ismail Haji Wahab.
Oleh yang demikian, maka tertubuhlah PAS di Sabah atas kehendak dan permintaan sebahagian besar masyarakat Islam Sabah.
Walaupun mesyuarat diadakan didalam bulan Ramadhan, namun atas kegigihan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka telah dapat menghadirkan diri bagi mempastikan kejayaan penubuhan PAS Sabah. Suasana pemilihan AJK PAS Sabah diadakan dalam keadaan baik serta teratur. Diakhir mesyuarat ini, satu sidang akhbar telah diadakan yang dihadiri oleh pemberita-pemberita dari pelbagai akhbar tempatan dan nasional.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PAS NEGERI SABAH

PESURUHJAYAHamzah Haji Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA IIshak Shafei
TIMBALAN PESURUHJAYA IIHabib Abdul Rahman Habib Alawi
TIMBALAN PESURUHJAYA IIIHaji Ismail Haji Wahab
SETIAUSAHACikgu Alias Tijad
BENDAHARI(kosong)
AJK PERHUBUNGANAmir Kamsa (Sandakan)
 Zaaba Ismail (Kota Kinabalu)
 Hashim Abbas (Beaufort)
 Jain Bidin (Beaufort)
 Jamaluddin Ismail (Beaufort)
 Ketua Dewan Pemuda
KETUA PEMUDAHussain Qasau (sekadar cadangan)
KETUA MUSLIMATTahnia Bt Jeman


MESYUARAT PERTAMA AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS SABAH
Mesyuarat pertama AJK PAS Sabah telah diadakan bertempat di No.3, Flat C, Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam pada tarikh 11hb november 1986.
PENUBUHAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
Permohonan untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24.9.1986. Nombor sijil pendaftaran bagi DPP Negeri Sabah ialah: PPM/SB-26/52-3319/(2).
Muktamar Penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diadakan pada
Tarikh
13hb Nov, 1988
Masa
4.00 petang
Hari
Ahad
Tempat
Pusat Tarbiyyah Islamiah Sabah, Kota Kinabalu


Ketua Dewan Pemuda yang pertama ialah Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad manakala setiausaha pertama ialah Sdra Tri Sukma Arshad
PENYERTAAN AWAL PILIHANRAYA
PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen. Keputusannya adalah seperti berikut;
P136 Kota Belud
Nama Calon PartiUndi%Keputusan
MAIDOM PANSAI BN8,15549.75MNG
YAPIN GIMPOTON BERJAYA4,38426.75 
JAMLIDI BIN OLEH PAS3,62922.14 
ASMARA BIN HAJI MOHD BILINBEBAS2231.36HD


P139 Jambongan
Nama CalonPartiUndi%Keputusan
METAH BIN ASANG @ MICHAEL ASANGBN7,49573.11MNG
HAMZAH HAJI ABDULLAHPAS2,75726.89 


P147 Kimanis
Nama CalonPartiUndi%Keputusan
NURNIKMAN BIN ABDULLAHBN5,60361.58MNG
PG ALI UDDINPAS1,96021.54 
SEBASTIAN DIRIH ANJIMBERJAYA1,53516.87 


SUMBER
1. Hamzah Hj. Abdullah, Sejarah penubuhan PAS Sabah, 2000
2. Hamzah Haji Abdullah, (Nota : Ustaz Abdul Hadi Awang dan Tuan Haji Subky Latif adalah dua tokoh PAS yang telah menyumbang banyak tenaga dalam membimbing PAS Sabah diperingkat awal)
2. Cikgu Alias Tijad, temubual melalui telefon.
3. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), laporan pilihanraya umum 1986
4
. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kertas kerja “Tinta Emas Sejarah Penubuhan PAS Negeri Sabah”, http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=14608&Itemid=105

0 comments:

Post a Comment