Pages

Subscribe:

Wednesday, August 24, 2011

PAS PENSIANGAN SANTUNI ORANG KAMPUNG LUAGAN

                              Hisammuddin memberikan tazkirah kepada penduduk kampung Luagan.
                                               BERAS INFAK.TERIMA KASIH PENDERMA

                         ORANG KAMPUNG LUAGAN HADIR MEMBERI SOKONGAN
                   UNIT AMAL.FADIL HISAMMUDDIN DAN ANSOR BERTUGAS MALAM ITU.
                                     ORANG KAMPUNG TOLAK BN KATA MEREKA
                                 BERAS DISUMBANGKAN,TERIMA KASIH PENDERMA
ANAK-ANAK INI AKAN JADI TULANG BELAKANG KEPADA PAS SUATU HARI NANTI!TUNGGU.



Luagan ,23  Ogos 2011-YDP Pas kawasan Pensiangan dan Ahli jawatankuasa Pas telah turun ke kampung Luagan untuk mengagihkan infak kepada penduduk kampung Luagan.

Infak dalam bentuk sekampit beras itu diagihkan kepada golongan susah di kampung tersebut.Program yang dimulai dengan solat fardhu Insyak dan taraweh secara berjamaah.

Hisammuddin yang juga merupakan Ketua Penerangan Pas Sabah telah memberikan tazkirah dan seterusnya menyantuni penduduk yang dibiarkan Umno tanpa pembelaan sewajarnya.

Program yang berbentuk jelajah kampung ini telah memberikan penduduk semangat untuk memberikan komitmen mereka kepada Pas.

Mereka mudah menerima Pas berbanding UMNO yang telah lama menabur janji-janji dalam pilihanraya sejak berpuluh tahun.

Hisammuddin memberitahu,"sambutan rakyat kepada PAS amat hebat dan diluar jangka,kita jangka kan ramai lagi  rakyat Sabah akan bersama dengan PAS".

Penduduk yang ditemui menyatakan bahawa mereka sudah serik dengan janji pembangunan yang dibuat oleh wakil rakyat UMNO dan berjanji akan bagi sokongan besar kepada PAS dalam pilihanraya akan datang.

Monday, August 22, 2011

KETUA PENERANGAN PAS SABAH DI PROGRAM MTD PAPAR

                                                               ATURCARA MTD PAPAR
                           HISAMMUDDIN MEMBERIKAN UCAPAN DAN MOTIVASI
                                                        DATUK JAMES DARI PKR
 KETUA PENERANGAN MENEGASKAN KERJASAMA ANTARA PAKATAN AKAN MENUMBANGKAN BN/UMNO DALAM PRU KE 13.
                                                   ANTARA PENGASAS MTD PAPAR,CIGU HAMID



Papar,21 Ogos 2011-Ketua Penerangan Pas Sabah,Sdr.Hisammuddin Hj.Sulaiman,telah terlibat dalam program di Mtd Papar Sabah.

Program yang turut disertai PKR itu melibatkan ahli dan individu-individu yang dijemput khas.
Program yang bertujuan mempertingkatkan semangat ahli untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Hisammuddin menegaskan bahawa"potensi kemenangan Pakatan rakyat cukup kuat jika pakatan mampu mengekalkan kebersamaan dan kerjasama erat dalam menghadapi BN/UMNO dalam pilihanraya akan datang".

PAS PENSIANGAN SANTUNI ORANG KAMPUNG BOMBOI


 YDP DAN AJK PAS PENSIANGAN CERIA MENYEDIAKAN JUADAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG
 PERUNTUKAN DARI PENDERMA YANG BAIK HATI,TERIMA KASIH
 YDP MENYANTUNI KANAK-KANAK KECIL DENGAN SUMBANGAN  INFAK RAMADHAN.


 TAZKIRAH DAN IDEA BARU YDP PENSIANGAN MENARIK MINAT PENDUDUK MENERIMA PAS.
                        ANAK YDP,FADHIL TUNGKUS LUMUS BANTU SEDIA JUADAH
 RAMADHAN BULAN BERSEDEKAH,YDP PAS PENSIANGAN MENJALANKAN KEWAJIPAN
RAMAI ORANG KAMPUNG DATANG BERDUYUN-DUYUN,KATA MEREKA UMNO TIDAK HIRAUKAN MEREKA BERPULUH TAHUN.



Bomboi,22 Ogos 2011:Program infak beras kepada golongan dhaufak atau orang susah telah berlansung di kampung Bomboi dengan jayanya.YDP Pas Pensiangan,Ust.Hisammuddin hj.Sulaiman telah mengagihkan infak beras sempena bulan Ramadhan kepada golongan susah yang dinafikan hak mereka oleh Umno Sabah selama ini.

Program yang dimulai dengan berbuka puasa dan solat farhu maghrib itu telah menggamit kehadiran ramai penduduk kampung yang berada di kampung tersebut.

Mereka solat Insyak dan taraweh berjamaah di kampung tersebut dan seterusnya sesi tazkirah oleh YDP Pas Pensiangan merangkap Ketua Penerangan Pas Sabah,Ust.Hisammuddin Hj.Sulaiman.
Dalam ucapan tersebut beberapa penekanan diberikan :

1-Pas pensiangan mengucapkan terima kasih kepada penderma yang sudi menderma kepada golongan susah.

2-YDP mahu penduduk Bomboi menggunakan kudrat mereka untuk membantu Pas.

3-Umat Islam diseru menyeru kepimpinan PAS yang menawarkan kepimpinan yang telus dan berintegeriti.

4-Bulan Ramadhan dijadikan bulan menolak kemungkaran dan kebatilan.

Program yang berlansung dengan meriah itu turut dihadiri oleh para penderma dan ahli jawatankuasa Pas kawasan Pensiangan.

Penduduk berharap agar Pas menang dalam pilihanraya akan datang.Mereka juga akan memastikan pembangunan dan janji-janji tipu UMNO/BN Sabah akan ditukar dengan janji Pas yang lebih bernilai tinggi iaitu membangunkan rakyat dengan Islam dan membangunkan pembangunan fizikal dan ruhani bersama.

Saturday, August 20, 2011

PROGRAM INFAK BERAS KEPADA DHUAFA'(GOLONGAN SUSAH)OLEH PAS PENSIANGAN

 
                        CERIA YDP DAN KETUA PEMUDA,SERTA EN,RUSDI MELAYAN KAMI 
                                               SDR.ANSOR MENGANGKAT BERAS-BERAS
                                                            RAMAI HADIR MALAM TU
                                                      ANAK-ANAK CERIA DAPAT BERAS
                                                        GEMBIRA MENERIMA INFAK
                 TERIMA KASIH PENDERMA BUDIMAN.SEMOGA DIBERI RAHMAT ILAHI
ASALNYA DEWAN INI DAN SETERUSNYA DIJADIKAN TEMPAT  TARAWEH.YDP KELIHATAN MENINJAU TEMPAT PROGRAM

YANG SUSAH DIBANTU DAN PAS KOMITED TUNAI JANJI

17 Ogos 2011,Pas Pensiangan yang diketuai  oleh Ketua Penerangan Pas Negeri merangkap Ydp Pas Pensiangan,Ust.Hisammuddin Hj.Sulaiman bersama dengan Ahli jawatankuasa Pas Pensiangan telah turun padang memberikan infak berbentuk beras kepada golongan dhuafak atau golongan susah di kampung Limbauan.
Pada peringkat permulaan,penduduk kampung menghubungi YdpPensiangan untuk menguruskan tempat solat taraweh dan pengisian nya.Mereka amat memerlukan sebuah surau dan permintaan mereka tidak dihiraukan oleh Umno di kawasan tersebut,
Alhamdulillah,impian penduduk dilaksanakan dengan mereka mengambil anisiatif untuk menggunakan dewan serbaguna untuk dijadikan tempat solat taraweh secara berjamaah di bulan ramadhan ini.
Malam 17 Ogos 2011 itu,menjadi tarikh sejarah kerana buat pertama kali nya penduduk menerima bantuan seumpama itu.
Mereka banyak menagih perhatian daripada pihak parti kerajaan untuk membela mereka tapi tidak berguna jua.Janji-janji pilihanraya hanya tinggal kosong semata-mata.
Malam itu,golongan susah termasuk golongan muaalaf yang  baru masuk Islam turut dibantu dan disantuni oleh Pas Pensiangan.
YDP Pensiangan,ust.Hisammuddin memberitahu "sebanyak 40 kampit beras telah selesai diagihkan kepada golongan yang memerlukan dan terima kasih kepada penderma yang prihatin,semoga mereka menyokong PAS yang tetap setia membantu rakyat".

Saturday, August 13, 2011

BANNER PAS PENSIANGAN PULA JADI MANGSA


                                        (gambar:Banner ini dibuang oleh "tangan-tangan ghaib")


Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman menyelar tindakan puak-puak tidak waras yang membuang banner-banner PAS bersempena bulan Ramadhan ini.
Jika sebelum ini,aktiviti membuang banner Pas berlaku di Sipitang dan Beaufort ,malam semalam banner Pas Pensiangan bersempena Ramadhan dan Aidilfitri turut dibuang walaupun telah mendapat kelulusan Majlis Daerah.
Menurut Hisammuddin yang juga Yang Dipertua Pas Pensiangan,sikap atau sifat biadab ini di zaman manusia sudah bertamadun tidak seharusnya berlaku,kerana ‘tarzan di hutan’ pun tahu menghormati hak orang lain.
Apa lah salah banner mengucapkan selamat datang Ramadhan dan Aidilfitri pada puak seperti ini?Apakah mereka ini bacul dan penakut dengan sokongan rakyat pada Pas yang bakal menggantikan Umno.
Perbuatan pihak yang bacul membuang banner Pas Pensiangan diselar juga oleh seorang Ahli Dewan Himpunan Pas yang beragama Kristian iaitu Saudara Victus Sook “puak-puak ini hanya mahu perlihatkan pada rakyat bahawa yg mereka sahaja tahu ucap salam ramadan dan sebab itu mereka upah orang membuka dan membuang setiap banner ucapan ramadan pas”.
Yang pelik,mereka-mereka ini tidak pula membuang baner UMNO yang berada hanya beberapa meter sahaja dari banner Pas.
Hisammuddin  berkata “sikap ‘double –standard’ puak-puak bacul ini amat memalukan umat Islam di bulan mulia ini dan menasihatkan mereka agar jangan mencabar PAS ,kerana PAS tidak akan berganjak sedikit pun untuk meneruskan agenda mendapatkan Sabah ini dari UMNO.