Pages

Subscribe:

Tuesday, September 20, 2011

PAS PENSIANGAN TURUN KE MAHKAMAH

            Upacara adat,tikam tanah,seakan mahu menikam BN/UMNO/PBRS ini kali pilihanraya.
Rumainid yang akan dibaca pertuduhan ke atas beliau ini kerana menghalang jentolak yang mahu rampas tanah.
                             Hisammuddin memberi bantuan semampu mungkin.Pas GANTI PBRS!
Orang kampung,panas dihati seterik mentari namun berehat jua sekajap di bawah rimbunan pokok di perkarangan mahkamah.
KENINGAU,20 SEPTEMBER 2011-Kehadiran lebih 100 orang penduduk kampung Alab Lanas Sook berkenaan tuntutan penduduk kampung di atas tanah NCR yang diceroboh Syarikat Borneo Timber.Penduduk Kampung yang majoritinya beragama kristian datang menuntut bela berkenaan kes rampasan tanah oleh syarikat kroni kerajaan itu.
Penduduk melakukan sesi ritual mereka dengan ketua mereka menikam tanah di perkarangan mahkamah dengan keris panjang sebagai satu signal kepada adat dan kepercayaan mereka.
YDP Pas kawasan Pensiangan yang hadir ke mahkamah berkenaan diberikan sokongan dan tepukan kerana selama ini membantu membela nasib mereka tanpa mengira agama dan keturunan.Pas Pensiangan menghulurkan simpati dengan memberikan menaja makanan dan minuman mereka semasa berhimpun di perkarangan mahkamah.
Kes rampasan tanah ini terlalu banyak berlaku di Sabah dan di mana-mana sahaja.Apabila perasaan tamak haloba menguasai individu tertentu maka rintihan penduduk kampung dibiarkan tanpa pembelaan.Mengharapkan YB-YB UMNO/BN/PBRS jauh panggang dari api dan disifatkan "bagai kacang lupakan kulit',semasa pilihanraya mereka datang dengan muka ceria mengharap undi penduduk namun apabila penduduk dirampas tanah mereka senyap membisu.
Tahniah kepada Hisammuddin Sulaiman,yang merupakan YDP Pensiangan merangkap Presiden NGO TABAH(BELA TANAH RAKYAT SABAH)yang bertungkus lumus berkerja dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat!.

Monday, September 19, 2011

Ketua Penerangan Pas Sabah di Konvensyen Pakatan Rakyat




Kota Kinabalu,16 September 2011-Konvensyen Pakatan rakyat Sabah telah menggamit ribuan peserta untuk mendengar dan menyaksikan pengesahan 'RESOLUSI BUKU JINGGA'.

Program yang diadakan di Star City itu, telah menerima kehadiran Mohammad Sabu,Timbalan Presiden Pas,Datin Seri Wan Azizah dan Lim Kit Siang,Pesuruhjaya Pas Sabah,Aminuddin Aling serta pimpinan-pimpinan Pakatan rakyat Sabah.

Rakyat yang hadir memberi respon positif terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat tersebut.Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman memberitahu bahawa"konvensyen ini dikatakan berjaya,pakatan rakyat perlu tumpu kepada kerjasama adil dalam pembahagian kerusi dan fokus kepada formula satu lawan satu".

Wednesday, September 14, 2011

Hari Raya Pas kawasan Pensiangan bersama penduduk Kampung Kioulu



Ketua Penerangan PAS Sabah yang juga YDP Pas Pensiangan mendengar keluhan penduduk.

Penerimaan borang Pas dan DHPP oleh Sdr.Arni,wakil penduduk kampung KIOULU
PAS untuk Semua!

Abdul Hairun dan Ansor antara pimpinan yang hadir.

Hisammuddin menyarungkan baju DHPP kepada wakil penduduk kampung sebagai tanda mata kenangan



PENSIANGAN,10 September 2011-Pas Kawasan Pensiangan telah berjaya mengadakan program Hari raya dengan kaedah turun padang ke Kampung Kioulu.Penduduk kampung ini majoritinya beragama kristian dan Golongan minoriti beragama Islam.
Sempena Hari raya Aidilfitri ini,Pas kawasan Pensiangan menyantuni warga Islam Kioulu dan juga warga non-muslim di sana.
Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam lebih dari Daerah Keningau.Pemanduan yang dipandu sendiri oleh Hisammuddin yang juga merupakan Ydp Pas Pensiangan.Memandu menggunakan kereta jenis 4x4 amat mencabar sekali untuk sampai ke kampung tersebut.
Perjalanan sungguh memenatkan dalam  menempuh jalan grabel yang teruk hasil dari pembangunan kasta Umno/Bn yang sentiasa menabur janji manis yang memahitkan rakyat.Jalan yang ditempuhi pimpinan dan Ajk Pas kawasan Pensiangan menempuh jalan Sook-Sinua yang tidak berturap sejak berpuluh tahun.
Program di sana diterima baik oleh penduduk kampung Kiolu.Sdr.Arni yang juga pengerusi Dewan himpunan Pas Kampung Kioulu dan Pak Hamzah mengalu-alukan kedatangan kami ke kampung tersebut.
Wajah mereka terselit harapan menggunung untuk PAS membuat perubahan dan menumbangkan PBRS di sana yang juga kompenan BN.
Orang kampung senang hati menerima kedatangan kami dan Hisammuddin mengambil masa 2 jam untuk ceramah memberikan kefahaman Islam kepada mereka.
Lepas ceramah,Hisammuddin dan AJK pimpinan Kawasan melayan penduduk kampung dengan beliau sendiri menghidangkan nasi dan lauk pauk yang didatangkan khas dari Keningau.
Mereka mengalukan kami dan kehadiran PAS dinantikan.Mereka mahu perubahan,mereka mahu PAS.

Friday, September 9, 2011

YDP PAS PENSIANGAN DI PROGRAM KEADILAN



Hisammuddin sulaiman YDP Pas  Pensiangan dijemput berprogram berjumpa rakyat Pensiangan serta keningau.Program tersebut turut dihadiri Datin Seri wan Azizah,PKR dan dulu-dulu,di semenanjung Hisammuddin pernah berceramah dengan Datin seri semasa Dato seri Anwar di dalam penjara.
Sekarang 2011 ,berprogram bersama di Keningau pula,berjuangan untuk anak bangsa tidak mengira tempat dan waktu.PAS Pensiangan melalui YDP Hisammuddin diterima baik oleh pakatan rakyat dan for sure PAS PENSIANGAN perlu berkerja keras membela rakyat.

HISAMMUDDIN LAWAT HOSPITAL"GAJAH PUTEH"UMNO DI NABAWAN




Lawatan Kerja Pakatan Rakyat Ke P182 Pensiangan N38 Nabawan, DAP YB DR Hew, DR Binjamin, Edwd Bosin, PAS Hisammuddin, Sdr Ansar, Meninjau Kelinik Yg Tak Pandai Siap-siap.