Pages

Subscribe:

Friday, August 10, 2012

HISAMMUDDIN DAN DATUK SERI WILFRED GEMPUR TAMBUNAN


                        
                                
Ketua penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman berceramah
di Tambunan Sabah.

TAMBUNAN, 2 Ogos 2012-Ketua Penerangan Pas Sabah,Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman telah dijemput berceramah Bersama YB.Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing di majlis roadshow Jelajah Sabah yang bertempat di Tambunan Sabah.
Wilfred M.Bumburing adalah tokoh UPKO/BN yang meletakan jawatan dalam parti itu dan seterusnya menganggotai satu angkatan baru yang dinamakan  APS (Angkatan Perubahan Sabah).
Hisammuddin,dalam ucapan mewakili parti Pas menekankan bahawa Umno/Bn insyallah akan tumbang dalam pilihanraya kali ini sebagaimana tumbangnya diktator-diktator dunia seperti regim Hosni Mubarak di Mesir. Hisammuddin juga memuji langkah berani yang diambil oleh Datuk Wilfred dan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Seri Panglima  Lajim Ukim yang berani berubah demi rakyat Sabah.

Dalam  program itu juga,Wilfred yang pernah menjadi ahli Parlimen Tuaran atas tiket Barisan Nasional  ,amat memuji sikap ahli-ahli parlimen dari Pas dan pakatan rakyat yang lebih bersiap sedia dalam sidang Parlimen dan bukan bersikap rasicm sebagaimana sesetengah ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional.

 

Hisammuddin,yang juga merupakan YDP Pas kawasan Pensiangan Sabah juga turut menyentuh isu tanah rakyat yang dirampas tanpa diberi pembelaan oleh kerajaan Umno/Bn Sabah.Dalam isu tersebut,beliau memuji rakyat Sabah yang memberi pengiktirafan kepada Ngo Tabah iaitu Ngo yang berjuang membela tanah-tanah rakyat yang dirampas tanpa pembelaan kerajaan dan berharap rakyat Sabah bersedia menukar kerajaan dalam Pilihanraya umum ke 13 nanti.

0 comments:

Post a Comment