Pages

Subscribe:

Thursday, August 2, 2012

Program dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Pensiangan Sabah





Dato tuan Ibrahim Tuan Man dan Hisammuddin Hj.Sulaiman bergambar dengan bayi yang ditahnik oleh Dato’Tuan Ibrahim di kg.Binawo.


 
4 Julai 2012,Pensiangan- Pas kawasan Pensiangan telah menerima tetamu istimewa daripada rombongan pimpinan Pas Pusat.Rombongan tersebut telah disambut oleh Ketua Penerangan Pas Sabah,Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman yang juga merupakan YDP Pas Pensiangan.Tetamu istimewa adalah Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Ketua Perangan Pas Pusat.Turut dalam rombongan tersebut ialah Dr.Syamsuri,Setpol Presiden Pas,Sdr.Balakrisnan yang juga merupakan Timbalan Dhpp Pusat,Sdr.Saharudin dan Lahirul Latigu berserta dengan ahli jawatankuasa Pas Pensiangan.
Dato’Tuan Ibrahim dan rombongan berprogram di  Pensiangan Sabah atas jemputan khas untuk bersama-sama dalam program Tautan kasih di bawah bayu ke Bumi Pensiangan dan  merasmikan program pecah tanah pembinaan masjid kg.Batu luguyan Sook di Pensiangan.Setelah tiba dari Kota Kinabalu dan dibawa ke Keningau,ahli rombongan terus bergerak ke Kg.binawo untuk majlis perjumpaan dengan orang kampung Binawo.Dato’ Tuan Ibrahim diberi penghormatan untuk mentahnik dua bayi penduduk kampung tersebut.Bertuahnya mereka diberi tahnik oleh ulama’ dan pimpinan tersohor dalam PAS ini.
Bergerak dari kg.Binawo,ahli rombongan telah meneruskan perjalanan ke Kg.Sinulihan untuk menyantuni anak muda pedalaman pula.Di Sinulihan,ahli rombongan telah menyaksikan perlawanan bola sepak pemuda dan Dato’Tuan Ibrahim telah menyerahkan bola sepak sebagai tanda rasminya program anak muda Sinulihan.
Pada sesi petang,ahli rombongan telah meneruskan perjalanan ke Kg.batu Lugiyan untuk melihat sendiri tapak untuk membina Masjid batu lugiyan.Untuk makluman.kg,Batu luguyan terdapat 30 orang keluarga Islam dan 100 orang keluarga krisitian dan bagi penduduk Islam mereka amat memerlukan masjid untuk dijadikan tempat beribadah.Bagi penduduk Islam kg. Batu lugiyan mereka terpaksa berjalan kaki ke masjid Sinulihan lebih kurang 6 km menyelusuri jalan grabel atau tidak berturap.
Dalam ziarah ini,Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man telah sudi merasmikan acara pecah tanah sebagai tanda pembinaan masjid Batu lugiyan ini akan didirikan tidak lama lagi insyallah atas bantu derma dan infak.Bagi yang mahu menderma untuk pembinaan masjid Batu lugiyan ini,mereka boleh bank in duit di akaun Maybank bernombor:5600 901 00246 atas nama Pensiangan Muslim Care.
Untuk makluman,usaha-usaha mencari dana ini akan dibuat dengan usaha YDP Pas Pensiangan,Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman.Seterusnya rombongan tersebut bergerak ke Masjid Sinulihan untuk program ceramah Nisfu Syaa’ban dan Dato’Tuan Ibrahim sendiri yang memberikan ceramah kepada penduduk kampung Sinulihan pada malam itu.Ahli rombongan seterusnya pulang bermalam di Keningau di teratak Anjung Chepor yang dimiliki oleh YDP Pas Pensiangan.
Keesokkan hari nya,rombongan meneruskan lawatan ke tapak tamu Keningau,dan seterusnya melawat SK Taurid taud yang mana kelengkapan sekolah masih belum cukup sehingga ada yang menggunakan khemah,seterusnya ke Surau Luagan yang uzur dan akhirnya ke memorial Tugu mat Salleh di Tambunan.
Sesungguhnya,ziarah pedalaman ini memberi kesan besar kepada ahli rombongan,dan bagi Pas Pensiangan mereka mengucapkan terima kasih kepada Dato’Tuan Ibrahim dan rombongan kerana sudi datang untuk berprogram di Pensiangan.


0 comments:

Post a Comment