Pages

Subscribe:

Wednesday, February 23, 2011

PAS DITERIMA BAIK RAKYAT SABAH



PAS DITERIMA BAIK RAKYAT SABAH
Kenyataan oleh penulis Pro- Sabah dalam akhbar  Harian Ekspres di ruangan FORUM bertarikh 23 Februari 2011 amat diberi perhatian oleh Parti PAS di negeri Sabah ini.
Untuk makluman PRO-SABAH dan rakyat Sabah ,PAS SABAH telah diasaskan sejak 19 Mei 1986 lagi dan kami mempunyai jaringan ahli parti di seluruh pelusuk negeri Sabah.Ahli parti kami terdiri dari semua bangsa.
PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3 hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu di Parlimen Kota Belud,Jambongan dan Kimanis.
Penyertaan dari non -muslim terutama  ahli yang beragama Kristian amat menggalakkan di bawah organisasi Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)negeri Sabah. Setakat ini,ahli dewan himpunan penyokong ini sudah menjadi yang teramai di Malaysia ini.
Slogan PAS FOR ALL amat signifikan dan tepat dengan latar belakang serta budaya orang Sabah.Lagipun kita ini dari rumpun manusia yang sama.Agama mana sekali pun menggalakkan kita kenal mengenal di antara manusia tanpa kira bangsa dan budaya mereka.PAS  SABAH amat menghormati hak kebebasan beragama sebagaimana yang diinginkan rakyat Sabah.
PAS yakin kita amat menjaga hak kebebasan beragama di Sabah ini.Malah PAS amat berbangga dengan penyertaan ramai non muslim ke dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)di Sabah.Untuk makluman semua,pakatan rakyat di Sabah ini amat kukuh dan mempunyai  kekuatan setanding dengan Barisan Nasional.Tidak mustahil,pakatan rakyat akan menang dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Agak pelik, jika kita berbicara tentang arena demokrasi tetapi ada juga  suara sumbang yang mengatakan hanya parti berpusat di Sabah bertanding di Sabah sedangkan hak berparti dan menubuhkan parti adalah hak rakyat yang bebas mendeka di Negara Malaysia ini.
PAS Sabah dan pakatan rakyat amat komited untuk membantu dan membangunkan rakyat Sabah atas jaminan prinsip-prinsip  keadilan dan kami berazam mengembalikan kegemilangan negeri Sabah sebagai negeri terkaya di Malaysia suatu ketika dulu.
PAS Sabah amat berterima kasih pada rakyat yang sudah celik dan mahu membuat perubahan dibumi yang tercinta ini.
YANG BENAR,
HISAMMUDDIN SULAIMAN



pelancaran NGO TABAH (BELA TANAH RAKYAT TABAH)




Isu tanah Sabah ini merupakan isu penting bagi rakyat Sabah.Rakyat Sabah yang dinafikan hak memiliki tanah dijemput untuk menyertai sebuah NGO baru yang dinamakan TABAH(Bela tanah rakyat Sabah).
Keahlian NGO TABAH ini dibuka dengan meluas tanpa mengira bangsa dan keturunan,asalkan mereka yang menyertai NGO ini adalah dari rakyat yang mahu memperjuangkan hak  tanah rakyat Sabah yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sempena dengan penubuhan NGO TABAH ini,maka dengan segala hormat tuan/puan dijemput ke Majlis pelancaran NGO TABAH(Bela tanah rakyat Sabah)pada 12.3.2011 jam 8 pagi di dewan Dato Khalid zaman,Putatan.

Pengerusi Tabah,Hisammuddin Sulaiman menjemput semua pihak tanpa kira bangsa dan agama di Sabah untuk menghadiri acara perasmian yang akan disempurnakan oleh DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN.Pemimpin lain yang akan hadir dalam program tersebut ialah Ust Idris hj Ahmad,YB Ir Nizar Jamaluddin,YB Dr.Mujahid Yusof Rawa dan Mazlan Aliman.

Sehubungan dengan itu,kami memohon jasa baik YB/DATO/TUAN/UST/USTAZAH untuk menyumbang kewangan bagi menampung perbelanjaan program ini.NO AKAUN MAYBANK 560090001060 ATAS NAMA PAS KAWASAN KENINGAU,hubungi ust Satimen Bendahari TABAH DI NOM 014 8627073.

Saturday, February 19, 2011

Majlis pelancaran NGO TABAH(Pembela tanah rakyat Sabah)


Dengan segala hormat tuan/puan dijemput ke Majlis pelancaran NGO TABAH(Pembela tanah rakyat Sabah)pada 12.3.2011 jam 8 pagi di dewan Dato Khalid zaman,Putatan.

Perasmian oleh DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN,UST IDRIS HJ AHMAD,YB IR NIZAR JAMALUDDIN,YB DR.MUJAHID YUSOF RAWA DAN MAZLAN ALIMAN.

Sehubungan dengan itu,kami memohon jasa baik YB/DATO/TUAN/UST/USTAZAH UNTUK MENYUMBANG KEWNGAN BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN PROGRAM INI.NO AKAUN MAYBANK 560090001060 ATAS NAMA PAS KAWASAN KENINGAU,hubungi ust Satimen Bendahari TABAH DI NOM 014 8627073.

Friday, February 11, 2011

Dialog Rakyat bersama YB DR MUJAHID YUSOF RAWA & HISAMMUDDIN SULAIMAN YDP PENSIANGAN/TIMBALAN PRESIDEN TABAH



Tolong hebahkan pada rakyat Sook ye ::

Tuan/puan Dijemput hadir beramai-ramai dialog bersama pemimpin YB DR HJ MUJAHID YUSOF RAWA (MP BPARIT BUNTAR)&YDP Hisammuddin Hj. Sulaiman (Timb.Presiden Tabah).
Butir-butir program:

Tarikh:pada 12 . 2. 2011
Hari:Sabtu
Jam: 9 pg
Tempat:di dewan Gereja ST EDWARD KG BATU LUGUYAN SOOK,
Anjuran: NGO TABAH(TANAH SABAH),
Fokus dialog isu tanah,toleransi agama,gejala sosial,pendidikan,peluang kerja,keselamatan dll.Sila hadir beramai-ramai.

Wednesday, February 9, 2011

PAS KAWASAN PENSIANGAN

JOM SERTAI PAS DI KAWASAN PENSIANGAN SILA HUBUNGI HISAMMUDDIN SULAIMAN DI TALIAN/SMS 019-8622790

Alamat:
No. 126 Taman Luagan,
89007 Keningau,
Sabah.

SEJARAH PAS SABAH

Sejarah penubuhan PAS Sabah

DETIK AWAL
Cadangan untuk PAS mengembangkan sayapnya ke Sabah telah lama dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung / Muktamar PAS Pusat. Namun cadangan tersebut tidak disusuli dengan tindakan bagi merealisasikannya.
Pada awal tahun 1986, satu perbincangan yang diadakan diantara Saudara Hamzah Haji Abdullah dengan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad melalui telefon telah disusuli dengan perjumpaan bagi mengaturkan tarikh pelancaran PAS Sabah.
Natijahnya ialah satu tarikh telah ditetapkan bagi memenuhi maksud tersebut. Maka pada 19hb Mei, 1986, PAS Sabah telah ditubuh dengan resminya dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS (sekarang Presiden), Tuan Haji Yusof Rawa(almarhum)
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELANCARAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH
Tarikh
19hb Mei 1986
Masa
7.45 malam
Tempat
Dewan Masyuarat, Kinabalu International Hotel (Sekarang Hyatt Int’l Hotel

Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.
Yang DiPertua PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa, Naib Yang DiPertua PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Haji Abdul Malik Husein adalah pemimpin PAS Pusat yang datang untuk merasmi dan menghadiri mesyuarat penubuhan PAS Sabah. Majlis telah dipenuhi dengan ceramah oleh pemimpin berkenaan serta pemilihan AJK PAS Sabah.
Dalam meminta cadangan berhubung dengan penubuhan PAS Sabah, Encik. Jamaluddin Ismail dari Beaufort telah bangun untuk menyokong usaha baik PAS bagi mengembangkan sayapnya ke Sabah. Cadangan Encik Jamaluddin ini telah disokong oleh Tuan Haji Ismail Haji Wahab.
Oleh yang demikian, maka tertubuhlah PAS di Sabah atas kehendak dan permintaan sebahagian besar masyarakat Islam Sabah.
Walaupun mesyuarat diadakan didalam bulan Ramadhan, namun atas kegigihan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka telah dapat menghadirkan diri bagi mempastikan kejayaan penubuhan PAS Sabah. Suasana pemilihan AJK PAS Sabah diadakan dalam keadaan baik serta teratur. Diakhir mesyuarat ini, satu sidang akhbar telah diadakan yang dihadiri oleh pemberita-pemberita dari pelbagai akhbar tempatan dan nasional.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PAS NEGERI SABAH

PESURUHJAYAHamzah Haji Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA IIshak Shafei
TIMBALAN PESURUHJAYA IIHabib Abdul Rahman Habib Alawi
TIMBALAN PESURUHJAYA IIIHaji Ismail Haji Wahab
SETIAUSAHACikgu Alias Tijad
BENDAHARI(kosong)
AJK PERHUBUNGANAmir Kamsa (Sandakan)
 Zaaba Ismail (Kota Kinabalu)
 Hashim Abbas (Beaufort)
 Jain Bidin (Beaufort)
 Jamaluddin Ismail (Beaufort)
 Ketua Dewan Pemuda
KETUA PEMUDAHussain Qasau (sekadar cadangan)
KETUA MUSLIMATTahnia Bt Jeman


MESYUARAT PERTAMA AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS SABAH
Mesyuarat pertama AJK PAS Sabah telah diadakan bertempat di No.3, Flat C, Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam pada tarikh 11hb november 1986.
PENUBUHAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
Permohonan untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24.9.1986. Nombor sijil pendaftaran bagi DPP Negeri Sabah ialah: PPM/SB-26/52-3319/(2).
Muktamar Penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diadakan pada
Tarikh
13hb Nov, 1988
Masa
4.00 petang
Hari
Ahad
Tempat
Pusat Tarbiyyah Islamiah Sabah, Kota Kinabalu


Ketua Dewan Pemuda yang pertama ialah Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad manakala setiausaha pertama ialah Sdra Tri Sukma Arshad
PENYERTAAN AWAL PILIHANRAYA
PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen. Keputusannya adalah seperti berikut;
P136 Kota Belud
Nama Calon PartiUndi%Keputusan
MAIDOM PANSAI BN8,15549.75MNG
YAPIN GIMPOTON BERJAYA4,38426.75 
JAMLIDI BIN OLEH PAS3,62922.14 
ASMARA BIN HAJI MOHD BILINBEBAS2231.36HD


P139 Jambongan
Nama CalonPartiUndi%Keputusan
METAH BIN ASANG @ MICHAEL ASANGBN7,49573.11MNG
HAMZAH HAJI ABDULLAHPAS2,75726.89 


P147 Kimanis
Nama CalonPartiUndi%Keputusan
NURNIKMAN BIN ABDULLAHBN5,60361.58MNG
PG ALI UDDINPAS1,96021.54 
SEBASTIAN DIRIH ANJIMBERJAYA1,53516.87 


SUMBER
1. Hamzah Hj. Abdullah, Sejarah penubuhan PAS Sabah, 2000
2. Hamzah Haji Abdullah, (Nota : Ustaz Abdul Hadi Awang dan Tuan Haji Subky Latif adalah dua tokoh PAS yang telah menyumbang banyak tenaga dalam membimbing PAS Sabah diperingkat awal)
2. Cikgu Alias Tijad, temubual melalui telefon.
3. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), laporan pilihanraya umum 1986
4
. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kertas kerja “Tinta Emas Sejarah Penubuhan PAS Negeri Sabah”, http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=14608&Itemid=105