Pages

Subscribe:

Friday, August 31, 2012

HISAMMUDDIN SERU RAKYAT SABAH TURUN PROGRAM HIMPUNAN HIJAU PAS DI SABAH 1 SEPTEMBER 2012 INI



Ketua Penerangan Pas Sabah,Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman telah menyeru rakyat Sabah supaya menyambut “the winds of change” ataupun angin perubahan serta memerdekakan diri untuk membuat perubahan menolak BN/UMNO dalam pilihanraya akan datang.Seruan itu dikeluarkan sempena sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos 2012.

Hisammuddin juga menyeru rakyat Sabah supaya menghadirkan diri ke rumah terbuka Hari raya Pakatan Rakyat Negeri Sabah dan Program Xpresi Pemuda Pas yang akan diadakan pada 1 September 2012 bermula  jam 9.00pg-1.00tgh di perkarangan Sulaman Central,Kuala Menggatal.
Mengulas tentang progrsm   Xpresi anak muda ke Putrajaya itu,Hisammuddin berkata bahawa program ini perlu dihadiri anak muda  dan belia Sabah.Program ini akan dikemudikan oleh Ketua Pemuda Pas Sabah,Sdr.Lahirul Latigu serta  dijangka akan menampilkan tokoh-tokoh Pemuda Pas Pusat yang diketuai oleh Al fadhil Al Ust.Nasrudin Hasan At Tantawi,Ketua Pemuda Pas Malaysia.

Rakyat Sabah juga diseru hadir di Perhimpunan Hijau anjuran Pas bertempat diperkarangan rumah Datuk Seri Panglima Hj.Lajim Ukim di Kg.Kabatu, Beaufort yang juga berlangsung pada 1 September bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.Tetamu khas yang dijangka hadir ialah Dato’Seri Presiden Pas,Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang,pimpinan pakatan rakyat dan tetamu jemputan yang lain.

Bagi pihak Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin juga menyeru supaya ahli Pas Sabah dan seterusnya ahli parti Dap,ahli parti PKR serta rakyat Sabah keseluruhannya turun beramai-ramai dalam program tersebut yang dijangka mendapat sambutan hangat dari semua pihak.

 

0 comments:

Post a Comment