Pages

Subscribe:

Friday, July 29, 2011

BUANG BANNER PAS SEMPENA RAMADHAN TINDAKAN TIDAK BERTAMDUN



Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Sulaiman menolak tindakan pihak tertentu yang sengaja membuang banner dan sepanduk sempena Bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh Pas kawasan di Beaufort dan Sepitang.

Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS,sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di pejabat Daerah.

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu,mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.

Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap "bagai katak bawah tempurung".Pas hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan,kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.

Pas Sabah menasihatkan puak-puak ini  agar insaf dengan tindakan seperti buang banner,banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah.

"Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini",tambah Hisammuddin.

Thursday, July 28, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum.

Saya bagi mewakili Pas Pensiangan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 2011 ini.

Marilah kita menginsafi bahawa dunia ini tidak lekang dengan ujian dan cabaran namun di sebalik perkara ini,kita sebenarnya perlu tingkatkan amalan kita untuk mencari bekal ke akhirat.

Madrasah Ramadhan mendidik kita untuk bertaqwa kepada Allah s.wt seterusnya dengan taqwa kita dapat menumbangkan kebatilan dan kemungkaran dalam diri kita,keluarga,masyarakat dan negara kita.

Pas pensiangan mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak  dan selamat berjuang.Pas ganti PBRS, insyallah.

Monday, July 18, 2011

Hisammuddin seru pimpinan muslim UMNO NEGERI SABAH ikut titah Agong



Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah yang juga YDP Pas kawasan Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman menyeru semua pihak di Sabah terutama sekali pimpinan muslim UMNO Negeri Sabah untuk mendengar titah  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong  yang menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang  timbul dalam masyarakat.

Dalam titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.
Sabah sebuah negeri yang unik dengan pelbagai bangsa dan budaya, namun  umat Islam di Sabah tertunggu-tunggu dasar pelaksanaan yang menepati prinsip Al-Quran dan Al-Hadis.Pembangunan yang tidak seimbang di kawasan-kawasan memberi impak kepada rakyat.Banyak juga didapati surau-surau terbengkalai di Sabah yang tidak diseliakan kerajaan negeri.
 “Agihkan peruntukan secara adil kepada rakyat dan Kerajaan negeri perlu suntik kewangan yang banyak pada JHEAINS(Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)untuk belanja mengurus dasar Islam di Sabah”,kata Hisammuddin.

Monday, July 11, 2011

PRESIDEN TABAH DALAM PAPER LAGI ,PERJUANGAN RAKYAT



HISAMMUDDIN HJ SULAIMAN YDP PENSIANGAN MERANGKAP PRESIDEN BELA TANAH RAKYAT DALAM AKHBAR.MEMBELA RAKYAT TERANIYA DIANIAYA UMNO BN.

MOTOR MAU TANAH LAGI TERINGIN

MOTOR INI  PUN UMNO TERINGIN AMBIL APATAH LAGI TANAH NCR PENDUDUK


PENSIANGAN-Penduduk kampung Simbuan,Sook Parlimen Pensiangan beramai-ramai ke mahkamah Keningau untuk  melawan kerajaan BN setelah tanah mereka  yang diusahakan semenjak tahun 70’an lagi dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan Pas Sabah yang juga YDP PAS PENSIANGAN,Hisammuddin Sulaiman telah turun padang mengambil “alih tugas” yang berhormat yang dilantik untuk membela penduduk.Turut sama turun memberi  sokongan ialah Lahirul Latigu,Ketua Pemuda Pas Sabah.
Hisammuddin meyifatkan  apa yang berlaku kepada penduduk Kg Simbuan adalah suatu penginayaan secara terhormat.
Berita ini telah menjadi bahan sensasi dalam media tempatan di Sabah sehingga kenyataan bantahan Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin telah disiarkan di Akhbar Daily Express.
Mangsa rampasan tanah ini telah dipergunakan oleh Barisan Nasional hanya waktu pilihanraya sahaja.Setelah itu undang-undang  digunakan untuk menangkap dan mendakwa penduduk yang menoreh getah di atas tanah yang diusahakan sendiri sejak tahun 1973 dengan permohonan yang tidak dilayan. Sudahlah peluang pekerjaan tidak  disediakan, ada rakyat yang mahu berdikari tidak di bntu malahan hendak dipenjara pula.
Di saat mereka dalam kesusahan YB mereka dari BN, usahkan kata hendak  peduli rakyat ,jengok pun tiada.
Malang  nasib rakyat berada di bawah BN. Hanya satu jalan boleh menyelamatkan mereka ditindas BN  iaitu “sepak keluar BN di Sabah dalam Pilhanraya akan datang.

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI KAMABONG,TENOM,SABAH



YDP Pensiangan mewakili PAS jadi Penceramah di program DAP dan pakatan rakyat di Kamabong Tenom Sabah.


PROGRAM PRESIDEN PAS DI KAMPUNG PULUTAN PENSIANGAN SABAH








PENSIANGAN,5 JULAI 2011-Kehadiran Dato’Seri  YB Tuan Guru Hj.Abdul  Hadi  Awang  ke  Kampung  Pulutan di Parlimen P182 Pensiangan, Sabaah  telah mencetuskan fenomena  baru  bagi  rakyat  kawasan  itu. Majoriti  mereka   tidak   pernah   melihat   Presiden  Parti Pas itu secara langsung jadi sebab itulah penduduk  menjadi amat  teruja  untuk  melihat   tokoh  politik   itu  secara “live”.
Penduduk  kampung   yang ditemui  mengatakan  bahawa  mereka amat  mengkagumi  semangat Tuan Guru Presiden  kerana  meredah  jalan “grabel”atau  tidak  berturap  berpuluh-puluh kilometer untuk  sampai  ke  kampung  mereka.
Program ramah  mesra   dan   jamuan   rakyat  itu   turut   dihadiri   oleh  wakil  wakil  parti   dari  Pakatan  rakyat  Sabah.Turut   bersama   ialah AJK PAS PUSAT   Mazlan   Aliman,Naib   Pengerusi   Anak ,Aris   Fezul   Ismail,Timbalan   Pesuruhjaya Pas  Perak,  Hj.Razman  Zakaria dan  Setiausaha  Akhbar   Presiden   Mohd   Nasaie Ismail   berserta    rakan-rakan    daripada   lajnah   tanah Pas Pusat.
YDP Pas kawasan   Pensiangan,Hisammuddin   Hj.Sulaiman   turut   berbesar    hati   dengan   kehadiran Tuan Guru Presiden   ke   kawasan   itu.Sememangnya Pas kawasan   Pensiangan  sudah   aktif   melakukan program turun   padang   sebelum   ini   dan   kehadiran    rombongan   dari Pas Pusat  itu   memberikan    motivasi   besar untuk Pas Pensiangan melebarkan  aktivitinya  kepada  rakyat   dengan  lebih  berkesan.Turut merasai kehangatan program itu,ialah Pesuruhjaya Pas Sabah,Aminuddin ALing dan Ketua Pemuda Pas sabah,Lahirul Latigu.
Dalam   majlis   tersebut,Tuan Guru Presiden   diberi   paluan gong dari  bangsa  Dusun  dan   diraikan   mengikut   kebudayaan   bangsa   mereka.Selain  itu,Presiden PAS berbesar   hati   menerima   borang-borang   keahlian Pas cawangan   Batu   Lugiyan   dan   penubuhan   Dewan   Himpunan   Penyokong PAS(DHPP)di setiap   kampung-kampung.Sebagai   makluman,majoritI yang menghadiri program bersama   Presiden Pas  di kampung   itu   adalah   dari   kalangan agama Kristian yang berminat  dengan   dasar   dan   perjuangan PAS.
Di akhir program Kampung   Pulutan   itu,Dato   seri    Presiden Pas itu,  dijemput  untuk  menanam  benih  pohon  Pulutan sebagai  tanda  kehadirannya   ke  kampung  tersebut.  Seterusnya  Presiden  dijemput  berceramah di Hotel Juta   Keningau   dan   kehadirannya     amat   memberangsangkan.
Program PAS amat   diterima   baik   rakyat   semua   lapisan   dan   kehadiran Tuan Guru Hj.Abdul  Hadi  Awang   pertama  kali   ke   Pensiangan   memberikan   impak yang besar  kepada   rakyat yang amat   memerlukan   motivasi   untuk   menukar  kepimpinan   negeri yang dimonopoli   Umno  dan BN.
Majoriti yang ditemui   selepas program bersama   Presiden Pas itu  mengatakan   bahawa   mereka   bersedia   untuk   menukar   kerajaan   baru    pada   pilihanraya   akan  datang  terutama  sekali   mereka   mahukan PAS menggantikan PBRS di Parlimen   Pensiangan  ini.

Friday, July 1, 2011

PAS PENSIANGAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN GURU PRESIDEN PAS KE PENSIANGAN PADA 5 JULAI 2011


YDP Pas Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman dan rakyat Pensiangan Sabah mengalu-alukan kedatangan Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah pada 5 hb Julai 2011 ini.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS)akan membuat lawatan kerja selama 2 hari ke Sabah bermula 4 Julai-5 Julai 2011.
Lawatan kerja Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah akan memberikan impak besar buat rakyat yang selama ini hanya melihat dan menonton Presiden Pas itu dalam internet dan media sahaja.
“Kami amat menunggu Tuan Guru datang ke tempat kami,penduduk kampung rasa sangat bertuah dan teruja untuk tengok Tuan Guru”,luah Abdul Hairun,seorang ketua Cawangan Pas Batu Lugiyan.
Parlimen Pensiangan menjadi tempat pertama di luar semenanjung Malaysia bagi Presiden Pas membuat lawatan kerja setelah baru-baru ini selesai Muktamar Pas Pusat kali ke-57 baru-baru ini.Difahamkan turut bersama Tuan Guru Presiden,ialah AJK Pas Pusat saudara Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan yang lain.