Pages

Subscribe:

Monday, July 18, 2011

Hisammuddin seru pimpinan muslim UMNO NEGERI SABAH ikut titah Agong



Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah yang juga YDP Pas kawasan Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman menyeru semua pihak di Sabah terutama sekali pimpinan muslim UMNO Negeri Sabah untuk mendengar titah  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong  yang menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang  timbul dalam masyarakat.

Dalam titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa.
Sabah sebuah negeri yang unik dengan pelbagai bangsa dan budaya, namun  umat Islam di Sabah tertunggu-tunggu dasar pelaksanaan yang menepati prinsip Al-Quran dan Al-Hadis.Pembangunan yang tidak seimbang di kawasan-kawasan memberi impak kepada rakyat.Banyak juga didapati surau-surau terbengkalai di Sabah yang tidak diseliakan kerajaan negeri.
 “Agihkan peruntukan secara adil kepada rakyat dan Kerajaan negeri perlu suntik kewangan yang banyak pada JHEAINS(Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)untuk belanja mengurus dasar Islam di Sabah”,kata Hisammuddin.

0 comments:

Post a Comment