Pages

Subscribe:

Monday, May 30, 2011

SEMPENA BUDAYA KAAMATAN MAHFUZ SERU RAKYAT SABAH TOLAK KEZALIMAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


 
Naib Presiden PAS Dato’ Hj.Mahfuz Hj.Omar menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis  Perbandaran Sandakan(MPS) yang bertindak mengeluar arahan menutup PASTI(Pusat Asuhan Tunas Islam)di Sandakan baru-baru ini. “Seolah-olah kehidupan  ini tidak bertamadun”,ujar Mahfuz.
Kesempatan ini Mahfuz juga turut mengucapkan KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN sempena dengan perayaan budaya Kaamatan bagi negeri Sabah.
Mahfuz mengingatkan bahawa rakyat Sabah patut menolak UMNO dan parti komponennya serta menyarankan kepada rakyat supaya sedar dan lakukan perubahan bersama Pas dan Pakatan rakyat di Sabah.
Sempena cuti khas sempena Kaamatan di Sabah,beliau turut memuji langkah program Penerangan PAS sabah di bawah Ketua Penerangan,Sdr.Hisammuddin Hj.Sulaiman apabila baru-baru ini berjaya menganjurkan program sambutan Kaamatan mengikut prinsip ISLAM bersama rakyat di Kampung Batu Lugiyan Sook Sabah.
Naib presiden Pas itu, menyeru rakyat Sabah menyokong buku Jingga yang akan memberikan inspirasi dalam memulihkan ekonomi negeri Sabah.
Malang bagi rakyat Sabah apabila Bank dunia mengiktiraf Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia,inikah balasan UMNO kepada rakyat Sabah setelah 50 tahun lebih Malaysia merdeka?soal Mahfuz mengakhiri kenyataannya.