Pages

Subscribe:

Monday, August 22, 2011

PAS PENSIANGAN SANTUNI ORANG KAMPUNG BOMBOI


 YDP DAN AJK PAS PENSIANGAN CERIA MENYEDIAKAN JUADAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG
 PERUNTUKAN DARI PENDERMA YANG BAIK HATI,TERIMA KASIH
 YDP MENYANTUNI KANAK-KANAK KECIL DENGAN SUMBANGAN  INFAK RAMADHAN.


 TAZKIRAH DAN IDEA BARU YDP PENSIANGAN MENARIK MINAT PENDUDUK MENERIMA PAS.
                        ANAK YDP,FADHIL TUNGKUS LUMUS BANTU SEDIA JUADAH
 RAMADHAN BULAN BERSEDEKAH,YDP PAS PENSIANGAN MENJALANKAN KEWAJIPAN
RAMAI ORANG KAMPUNG DATANG BERDUYUN-DUYUN,KATA MEREKA UMNO TIDAK HIRAUKAN MEREKA BERPULUH TAHUN.



Bomboi,22 Ogos 2011:Program infak beras kepada golongan dhaufak atau orang susah telah berlansung di kampung Bomboi dengan jayanya.YDP Pas Pensiangan,Ust.Hisammuddin hj.Sulaiman telah mengagihkan infak beras sempena bulan Ramadhan kepada golongan susah yang dinafikan hak mereka oleh Umno Sabah selama ini.

Program yang dimulai dengan berbuka puasa dan solat farhu maghrib itu telah menggamit kehadiran ramai penduduk kampung yang berada di kampung tersebut.

Mereka solat Insyak dan taraweh berjamaah di kampung tersebut dan seterusnya sesi tazkirah oleh YDP Pas Pensiangan merangkap Ketua Penerangan Pas Sabah,Ust.Hisammuddin Hj.Sulaiman.
Dalam ucapan tersebut beberapa penekanan diberikan :

1-Pas pensiangan mengucapkan terima kasih kepada penderma yang sudi menderma kepada golongan susah.

2-YDP mahu penduduk Bomboi menggunakan kudrat mereka untuk membantu Pas.

3-Umat Islam diseru menyeru kepimpinan PAS yang menawarkan kepimpinan yang telus dan berintegeriti.

4-Bulan Ramadhan dijadikan bulan menolak kemungkaran dan kebatilan.

Program yang berlansung dengan meriah itu turut dihadiri oleh para penderma dan ahli jawatankuasa Pas kawasan Pensiangan.

Penduduk berharap agar Pas menang dalam pilihanraya akan datang.Mereka juga akan memastikan pembangunan dan janji-janji tipu UMNO/BN Sabah akan ditukar dengan janji Pas yang lebih bernilai tinggi iaitu membangunkan rakyat dengan Islam dan membangunkan pembangunan fizikal dan ruhani bersama.

0 comments:

Post a Comment