Pages

Subscribe:

Friday, July 1, 2011

PAS PENSIANGAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN GURU PRESIDEN PAS KE PENSIANGAN PADA 5 JULAI 2011


YDP Pas Pensiangan,Hisammuddin Hj.Sulaiman dan rakyat Pensiangan Sabah mengalu-alukan kedatangan Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah pada 5 hb Julai 2011 ini.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS)akan membuat lawatan kerja selama 2 hari ke Sabah bermula 4 Julai-5 Julai 2011.
Lawatan kerja Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang ke Parlimen Pensiangan Sabah akan memberikan impak besar buat rakyat yang selama ini hanya melihat dan menonton Presiden Pas itu dalam internet dan media sahaja.
“Kami amat menunggu Tuan Guru datang ke tempat kami,penduduk kampung rasa sangat bertuah dan teruja untuk tengok Tuan Guru”,luah Abdul Hairun,seorang ketua Cawangan Pas Batu Lugiyan.
Parlimen Pensiangan menjadi tempat pertama di luar semenanjung Malaysia bagi Presiden Pas membuat lawatan kerja setelah baru-baru ini selesai Muktamar Pas Pusat kali ke-57 baru-baru ini.Difahamkan turut bersama Tuan Guru Presiden,ialah AJK Pas Pusat saudara Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan yang lain.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan Guru singgah di Kg. Bt. Lunguyan

Anonymous said...

Saya berharap Presiden Pas akan dimaklumka status serta masalah pembinaan Jalanraya Kalabakan-Sapulut yg bermasalah dan disebut dalam laporan audit 2008. Projek bernilai 565 Juta gagal disiapkan dan ini merupakan pembaziran wang rakyat yg besar jumlahnya.

'RM565m road is worst Federal project in Sabah'

"In less than five years after the completion of the new gravel road which was supposed to be a RM565 million bituminous sealed road under a negotiated contract, Kalabakan-Sapulut Road has become unserviceable, unfit and unsafe for road users.
Source:http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=78285

Anonymous said...

Saya berharap lawatan tersebut di videokan dan pastikan ada gambar-gambar menarik diambil, saya rasa ini merupakan sejarah kerana Presiden Pas pertama hadir ke pendalaman Sabah. Dalam keadaan dimana PM meminta rakyat berjimat, tetapi mereka belanjakan wang rakyat seperti harta mak bapak mereka. Pemimpin PR

Antara perbandingan dan asas untuk melihat kewibawaan PAS berbanding BN/Umno yang memerintah negeri lain ialah selaku Menteri Besar, Dato' Nik Aziz telah pun menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000.

Nik Aziz juga turut memotong elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun

Selain itu, beliau turut memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan 5 peratus kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.
sumber:http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=9796&Itemid=28

Anonymous said...

Saya mencadangkan supaya rakyat Pensiangan didedahkan pembaziran oleh pemimpin BN dan bandingkan dengan negeri diperintah oleh PR, cth Kedah Sejahtera. Pas pensiangan juga boleh membuat survey ringkas tentang masalah rakyat serta apa yg mereka mahukan drpd kerajaan.

Post a Comment