Pages

Subscribe:

Tuesday, September 20, 2011

PAS PENSIANGAN TURUN KE MAHKAMAH

            Upacara adat,tikam tanah,seakan mahu menikam BN/UMNO/PBRS ini kali pilihanraya.
Rumainid yang akan dibaca pertuduhan ke atas beliau ini kerana menghalang jentolak yang mahu rampas tanah.
                             Hisammuddin memberi bantuan semampu mungkin.Pas GANTI PBRS!
Orang kampung,panas dihati seterik mentari namun berehat jua sekajap di bawah rimbunan pokok di perkarangan mahkamah.
KENINGAU,20 SEPTEMBER 2011-Kehadiran lebih 100 orang penduduk kampung Alab Lanas Sook berkenaan tuntutan penduduk kampung di atas tanah NCR yang diceroboh Syarikat Borneo Timber.Penduduk Kampung yang majoritinya beragama kristian datang menuntut bela berkenaan kes rampasan tanah oleh syarikat kroni kerajaan itu.
Penduduk melakukan sesi ritual mereka dengan ketua mereka menikam tanah di perkarangan mahkamah dengan keris panjang sebagai satu signal kepada adat dan kepercayaan mereka.
YDP Pas kawasan Pensiangan yang hadir ke mahkamah berkenaan diberikan sokongan dan tepukan kerana selama ini membantu membela nasib mereka tanpa mengira agama dan keturunan.Pas Pensiangan menghulurkan simpati dengan memberikan menaja makanan dan minuman mereka semasa berhimpun di perkarangan mahkamah.
Kes rampasan tanah ini terlalu banyak berlaku di Sabah dan di mana-mana sahaja.Apabila perasaan tamak haloba menguasai individu tertentu maka rintihan penduduk kampung dibiarkan tanpa pembelaan.Mengharapkan YB-YB UMNO/BN/PBRS jauh panggang dari api dan disifatkan "bagai kacang lupakan kulit',semasa pilihanraya mereka datang dengan muka ceria mengharap undi penduduk namun apabila penduduk dirampas tanah mereka senyap membisu.
Tahniah kepada Hisammuddin Sulaiman,yang merupakan YDP Pensiangan merangkap Presiden NGO TABAH(BELA TANAH RAKYAT SABAH)yang bertungkus lumus berkerja dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat!.

0 comments:

Post a Comment