Pages

Subscribe:

Wednesday, September 14, 2011

Hari Raya Pas kawasan Pensiangan bersama penduduk Kampung Kioulu



Ketua Penerangan PAS Sabah yang juga YDP Pas Pensiangan mendengar keluhan penduduk.

Penerimaan borang Pas dan DHPP oleh Sdr.Arni,wakil penduduk kampung KIOULU
PAS untuk Semua!

Abdul Hairun dan Ansor antara pimpinan yang hadir.

Hisammuddin menyarungkan baju DHPP kepada wakil penduduk kampung sebagai tanda mata kenangan



PENSIANGAN,10 September 2011-Pas Kawasan Pensiangan telah berjaya mengadakan program Hari raya dengan kaedah turun padang ke Kampung Kioulu.Penduduk kampung ini majoritinya beragama kristian dan Golongan minoriti beragama Islam.
Sempena Hari raya Aidilfitri ini,Pas kawasan Pensiangan menyantuni warga Islam Kioulu dan juga warga non-muslim di sana.
Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam lebih dari Daerah Keningau.Pemanduan yang dipandu sendiri oleh Hisammuddin yang juga merupakan Ydp Pas Pensiangan.Memandu menggunakan kereta jenis 4x4 amat mencabar sekali untuk sampai ke kampung tersebut.
Perjalanan sungguh memenatkan dalam  menempuh jalan grabel yang teruk hasil dari pembangunan kasta Umno/Bn yang sentiasa menabur janji manis yang memahitkan rakyat.Jalan yang ditempuhi pimpinan dan Ajk Pas kawasan Pensiangan menempuh jalan Sook-Sinua yang tidak berturap sejak berpuluh tahun.
Program di sana diterima baik oleh penduduk kampung Kiolu.Sdr.Arni yang juga pengerusi Dewan himpunan Pas Kampung Kioulu dan Pak Hamzah mengalu-alukan kedatangan kami ke kampung tersebut.
Wajah mereka terselit harapan menggunung untuk PAS membuat perubahan dan menumbangkan PBRS di sana yang juga kompenan BN.
Orang kampung senang hati menerima kedatangan kami dan Hisammuddin mengambil masa 2 jam untuk ceramah memberikan kefahaman Islam kepada mereka.
Lepas ceramah,Hisammuddin dan AJK pimpinan Kawasan melayan penduduk kampung dengan beliau sendiri menghidangkan nasi dan lauk pauk yang didatangkan khas dari Keningau.
Mereka mengalukan kami dan kehadiran PAS dinantikan.Mereka mahu perubahan,mereka mahu PAS.

0 comments:

Post a Comment