Pages

Subscribe:

Saturday, October 15, 2011

GOLONGAN SENIMAN DICADANG JADI CALON PAS DALAM PRU KE 13.




Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman mencadangkan kepada Pas Pusat agar golongan artis dan seniman diberi laluan menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Ke 13.
Artis seperti Bob Lokman yang sekarang ini menjadi sasaran JAIS kerana memberi tazkirah tempoh hari hendaklah ditampilkan untuk menjadi ikon kepada golongan muda.
Selain itu,penglibatan para artis sebagai calon Pas dalam pilihanraya ke 13 akan memberikan impak positif atas nama keterbukaan Pas tidak menolak seniman atau anak wayang yang telah berada dalam barisan depan bersama perjuangan Pas ini.
Hisammuddin mengeluarkan pandangan tersebut dengan berteraskan hujah utama iaitu tegas beliau"  bahawa PAS harus dipelbagaikan daya kepimpinan dan keterampilan setelah PAS melalui usia 60 tahun dalam melangkah dan mengalas amanah perjuangannya di persada politik tanah air".
Kebelakangan ini Pas menjadi pilihan hati para seniman sama ada penyanyi,pelakon atau pelawak kerana Pas berteraskan perjuangan Islam yang suci.
Para artis yang kembali pada Pas mungkin mengerti  kata Saleem Iklim:
suatu hari nanti pasti kan bercahaya
pintu akan terbuka kita langkah bersama
di situ kita lihat bersinarlah hakikat
debu jadi permata, hina jadi mulia.


0 comments:

Post a Comment